Sunday 10 November 2013

Ziarah Orang Meninggal

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum


Biasanya orang tua kita berpesan, jika kita pulang daripada menziarah orang meninggal jangan terus mendekati anak kecil dn asingkan pakaian yang dipakai dengan pakaian anak-anak. kononnya nanti anak kecil akan meragam karena terkena badi orang meninggal. Betul ke perkara tu..?
Setelah lama Sya tertanya-tanya, baru lah dapat jawabannya..
Soalan di dijawab oleh Hafiz Firdaus Abdullah, seoarang penulis buku agama dan penulis blog

Apabila seorang muslim meninggal dunia, apa yang diajar oleh Islam adalah mengikutinya, bukan menziarahinya.. (hah mengikuti..?? tu lah komen Sya masa 1st time baca, tapi baca lagi lanjutannya ye..).
Ziarah dilakukan ketika seorang muslim masih hidup tapi dalam keadaan sakit. Bezakan dua perkara ni berdasarkan hadis berikut, dimana Rasullulah bersabda : Hak seorang muslim terhadap seorang muslim ada enam perkara (iaitu) :
  1. Apabila kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam kepadanya
  2. Apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya
  3. Apabila dia meminta nasihat, berilah nasihat
  4. Apabila dia bersin dan membaca tahmid, doakanlah supaya dia memperoleh rahmat
  5. Apabila dia sakit ziarahilah dia
  6. Apabila dia meninggalkan dunia, ikutilah (jenazahnya). ( Shahih Muslim, no: 4023/2162 )
Maksud mengikuti jenazah dari saat dia meninggal dunia sehinggalah disolatkan ( solat jenazah ) dan dikuburkan. Ini berdasarkan hadis berikut : Sesiapa mengikuti jenazah muslim kerana iman dan mengharapkan balasan ( daripada Allah ), dan dia selalu bersama jenazah tersebut sampai dia disolatkan dan selesai dikebumikan, maka dia pulang dengan membawa (pahala) dua qirath, setiap qirath setara dengan gunung Uhud. dan sesiapa menyolatkannya dan pulang sebelum dikuburkan maka dia pulang membawa satu qirath. ( Shahih al-Bukhari, no :45/47)

Adapun badi mayat ialah kepercayaan masyarakat bahwa kononnya makhluk ghaib yang selama ini menemani jenazah selama dia hidup telah berpindah kepada salah seorang yang mengikutinya setelah dia meninggal dunia. badi mayat menyebabkan seseorang mengalami mimpi ngeri, menghidu, mendengar, atau melihat sesuatu yang sebenarnya tidak ada, keresahan, ketakutan dan lain-lain gangguan.

Sebenarnya gangguan seumpama di atas ialah gangguan syaitan yang berkeliaran. Ia berlaku karena tatkala dalam kesedihan yang amat sangat seseorang itu kerap lupa kepada Allah sehingga mdah dipengaruhi syaitan. Tidak ketinggalan amalan-amalan bid'ah yang dilakukan di sisi jenazah..

Oleh itu apabila mengikuti jenazah, lakukan apa yang disyari'at oleh Islam tanpa menambah, mengurang atau mengubah suai. Selain itu janganlah lupa kepada Allah, ingatlah bahwa kita semua milik Allah dan allah berhak mengambil kita pada bila-bila masa sahaja.

Merujuk pada soalan di atas, setelah pulang daripada mengikuti jenazah hendaklah menyebut nama Allah ( membaca Bismillahi Rahmanir Rahim ) ketika masuk rumah dan ketika menutup pintu rumah ini berdasarkan hadis berikut : 
Apabila seseorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah ( dengan membaca Bismillah) ketika memasukinya dan ketika makan, maka berkatalah syaitan (kepada golongannya) : " kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan juga makanan malam" Sebaliknya apabila seseorang itu masuk rumah dan tidak mengingati Allah, maka berkatalah syaitan (kepada golongannya) : " kalian telah mendapat tempat bermalam." Apabila seseorang tidak mengingati Allah ketika makan, berkatalah syaitan (kepada golongannya) : " kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan malam." ( Shahih Muslim, no: 3762/2018)
Amalkan tunjuk ajar Rasullulah di atas setiap kali memasuki rumah, baik dari pejabat, pasar, bersukan, menziarahi orang sakit, atau mengikuti orang yang meninggal dunia..

No comments:

Post a Comment